Emas & inflasi


Emas memainkan peranan yg penting didalam perdagangan semasa dunia masih janggal & pelik dgn ‘term’ Fiat money. Seperti anda sedia maklum kehidupan harian kita hari ini bermula dgn duit kertas atau secara teknikalnya disebut Fiat money. Tidak dinafikan kebergantungan kepada wang kertas bermula sebaik sahaja kita bangun dari tidur.

Kenapa saya berkata demikian? Sebaik sahaja bangun dari tidur kebersihan menjadi topik pertama pada setiap insan iaitu berus gigi, cuci muka, mandi dan seterusnya apa yang difikirkan perlu. Bermula dari rumah lagi kos sara hidup telah terjadi. Kos sara hidup dari hari ke hari semakin meningkat dengan adanya inflasi pada zaman moden ini.

Apakah itu inflasi? Masih ramai yang tidak tahu apakah maksud sebenar inflasi dari kaca mata masyarakat dan ‘financial’. Secara dasarya, inflasi berlaku dimana duit Ringgit Malaysia hilang kuasamya untuk membeli sesuatu. Sebagai contoh, pada tahun 90-an harga purata untuk 1 gelas Milo ais berharga RM 1 tetapi pada tahun ini iaitu 2011 harga tersebut telah meningkat kepada RM 1.40 sehingga RM 1.80. Ini menunjukan kuasa membeli Ringgit Malaysia telah susut nilainua dengan kenaikan harga barang. Dari segi ‘financial’, ianya bermaksud “Satu keadaan di mana harga barang secara umumnya mengalami kenaikan dan berlaku dalam jangka waltu yang lama dan berterisan. Harga barang yang ada mengalami kenaikan nilai dari waktu-waktu sebelumnya dan berlaku di mana-mana dan dalam jangka waktu yang cukup lama.

Inflasi tidak berlaku kepada emas kerana emas adalah kalis inflasi dimana nilai emas itu ditentukan oleh ‘intrinsic value’ iaitu kepada berat emas itu sendiri bukan pada nilai yang tertulis seperti di kebanyakan wang kertas sedia ada.

Sebagai kesimpulannya jika kita menggunakan wang kertas sebagai simpanan mahupun perdagangan seharian adalah merbahaya kerana wang kertas cenderung untuk susut nilai.

20111218-163715.jpg

20111218-164208.jpg

Posted in Fact | Leave a comment