Pisang Goreng PANAS! (kemaskini)


Kita sudah sedia maklum bahawa taraf sara hidup di Malaysia telah meningkat tinggi dan membebabankan keseluruhan penduduk dan rakyat Malaysia. Apakan daya, kita telah pun menjadi mangsa mereka. Yang miskin semakin miskin, yang kaya semakin kaya. Inilah bahayanya menggunakan wang kertas yang pada dasarnya ‘tiada’ nilai dan hanya disahkan disisi undang-undang sahaja. Kita lupakan seketika duka mengenai penindasan duit kertas terhadap kita dan saya disini dengan gembiranya untuk mengungkapkan cerita perihal ‘Pisang Goreng’. Kenapa pisang goreng? Tujuan saya adalah mudah iaitu untuk menyenangkan dan memudahkan pemahaman para pembaca tentang buruknya kenaikan harga barangan di pasaran yang dipengaruhi oleh inflasi. Jika dahulu pada tahun 20o0, dengan duit kertas 1 Ringgit Malaysia kita dapat membeli 10 ketul pisang goreng tetapi tidak lagi pada tahun 2012 ini. Hanya 4 ketul saja dapat kita beli dengan berbekalkan duit kertas 1 Ringgit Malaysia yang kita gunakan seperti tahun 2000. Kenapa ini boleh terjadi? Kejadian ini dapat dilaksanakan dengan ‘restu’ inflasi. Keadaan ini tentunya menyedihkan masyarakat kerana dengan kenaikan gaji yang sedikit secara lebih kurang 1% – 2% daripada gaji anda sekarang tentu ianya tidak dapat bersaing dengan kenaikan kadar inflasi yang jauh lebih ‘baik’ dimana secara purata 2.39% setiap tahun. Ini bermakna gaji anda perlu dinaikkan 2.39% setiap tahun agar anda tidak merasai lansung kesulitan/bahaya taraf sara hidup yang tinggi didorong oleh inflasi.

Disini saya ingin memberikan sedikit gambaran dan sertakan lakaran serba sedikit untuk pemahaman para pembaca sekalian. Gambaran memberikan 1001 makna bukan? Baiklah biar gambarajah memainkan peranannya

Seperti yang para pembaca dapat lihat di atas, kadar inflasi dari tahun 2000 hingga 2012 telah meningkat sebanyak 28.70 % dimana jumlah ini adalah sangat besar! Sebagai contoh, gaji seorang Jurutera secara bulanan adalah ‘A’ dengan adanya inflasi ini gaji Jurutera tersebut telah berkurang menjadi ‘0.713A’. Untuk pemahaman yang lebih mudah, A=MYR 5000, jadi gaji Jurutera terbabit selepas ditolak dengan kadar inflasi hanyalah sebanyak MYR 3 565 jika gajinya tidak dinaikkan sepanjang tempoh 2000 hingga 2012. Keadaan ini sudah tentu menyukarkan kehidupan Jurutera terbabit setelah sekian lama bermandikan peluh mengerah keringat akhirnya haknya dinafikan oleh inflasi.

Baiklah, para pembaca mesti berasa hairan kenapa saya meletakkan jumlah yang banyak untuk tahun 2012 jika kita melabur di dalam ASB, membeli rumah, Emas dan Perak bukan? Ini adalah kerana untuk pemahaman yang mudah agar semua lapisan para pembaca dapat memahami dengan lebih lanjut apa itu inflasi dan bagaimana ianya menyusahkan kehidupan seharian kita dan seterusnya meningkat taraf sara hidup. Gambaran tanpa sedikit perkiraan mungkin para pembaca kurang memahami bukan? Baiklah, saya lampirkan sedikit perkiraan bagaimana saya boleh dapat meletakkan angka yang ‘mengerikan’ seperti diatas. Angka tersebut seperti diatas bukan rekaan saya semata-mata tetapi adalah penentuan dari organisasi yang berkhidmat secara sah di Malaysia ini!

Gambar rajah diatas ini mungkin sedikit sukar untuk difahami. Saya akan jelaskan apakah maksud-maksud yang tersirat diatas. Hijau dan merah mewakili keuntungan dan kerugian masing-masing. ‘Inflasi’ adalah kadar susut nilai wang kertas Ringgit Malaysia yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia. ‘Simpanan Selepas Setahun’ adalah tarikh matang simpanan apabila telah masuk tempoh matang simpanan. ‘ Jumlah Simpanan Sebenar’ adalah apabila ‘Simpanan Selepas Setahun ditolak dengan kadar inflasi bagi tahun tersebut. ‘Jumlah Perbezaan Sebenar’ adalah hasil tolak diantara ‘Jumlah Simpanan Sebenar’ dengan ‘Simpanan Selepas Setahun’. ‘Jumlah Perbezaan Sebenar’ memberikan nilai negatif adalah kerana hasil simpanan kita selepas tempoh matang dalam masa setahun seperti yang tertulis didalam penyata simpanan telah ‘dimamah’ oleh kadar inflasi untuk tahun tersebut. Sepanjang tempoh ini ASB memberikan pelaburan yang agak baik iaitu 110.85% dividen bersama bonus tetapi setelah ditolak dengan inflasi ianya menjadi 82.15%. Jumlah keuntungan sepanjang pelaburan ini adalah MYR 131 319.44. Satu jumlah yang agak besar! Secara purata adalah 9.24% untuk dividen dan bonus tetapi jika ditolak dengan kadar inflasi ianya hanyalah 6.85%. Keuntungan sebenar pelabur di ASB hanyalah sebanyak 6.85% sahaja!

Banyak bukan duit si pelabur yang telah ‘hilang’ ‘dimamah’ inflasi?  Mari kita tengok untuk bahagian yang sama jika kita menggunakan duit MYR 100 000 tersebut untuk membeli rumah, emas dan juga perak.

Rumah merupan aset paling ‘selamat’ untuk dibeli oleh para pembaca kerana kepercayaan kepada harganya yang akan senantiasa naik tanpa meragukan tentang kejatuhan harga nya. Tanggapan itu mungkin sedikit tersasar kerana sepanjang 10 tahun ini harga rumah jatuh sebanyak dua kali. Jadi berhati-hati dengan pelaburan kalian. Kadar ini boleh didapati disini dan juga ini. Peratusan sepanjang 10 tahun ini adalah 47.10% sahaja jika dibandingkan dengan pelaburan di dalam ASB yang jauh lebih baik. Itupun belum ditolak dengan kadar inflasi sepanjang 10 tahun berkenaan dimana hanya 18.40% keuntungan bersamaan dengan MYR 25 259.19 keuntungan sahaja. Ini jelas menunjukan pembelian rumah untuk pelaburan jangka masa panjang agak kurang memberansangkan. Mari kita lihat pula kepada prestasi emas dan perak seperti dibawah ini.

Prestasi emas jauh mendahului jenis pelaburan yang telah saya ungkapkan sebentar tadi. Walaupun emas di awal tahun 2000 mencatat kemelesetan sebanyak 6.06% tetapi perjalanannya untuk tempoh 9 tahun kemudiannya adalah sangat baik. Ini dibuktikan dengan jumlah keuntungan sebanyak 186.14%. Tunggu dulu, emas dan perak adalah kalis inflasi. Disebabkan oleh faktor ini hak anda tidak dinafikan olehnya. Jika dibandingkan secara purata untuk prestasi emas dan ASB, emas mendahului dua kali ganda keuntungan yang diperolehi ole ASB. Tapi tunggu dulu, jangan buang air ditempayan dahulu sebelum mendalami dan mengetahui prestasi perak pula. Mari kita tinjau prestasi perak. Ayuh!

Akhirnya kita sampai ke penghujung perjalanan untuk entri pada kali ini. Perak buat masa sekarang dianak tirikan. Buat pengetahuan para pembaca sekalian, harganya masih dibawah pasaran dimana harganya tidak sepatutnya begitu dek kerana permintaannya melebihi pengeluarannya dan juga digunakan secara pukal dan perlambakannya didalam alatan elektronik seperti telefon bimbit, tablet, pemain MP3 dan sebagainya. Secara purata keuntungan perak jauh mendahului emas iaitu sebanyak 20.03%. Permintaan untuk perak banyak bergantung kepada populasi rakyat China. Isu ini akan saya bincangkan kemudian. Mudah-mudaha para pembaca dapat memahami apa yang cuba saya sampaikan disin. Moga hidup kita lebih aman dengan meninggalkan hasil ciptaan Yahudi laknatullah iaitu duit kertas yang haram dan tidak berguna langsung. Sekian

Advertisements

About 3gtogold

Memberi kesedaran kepada Muslim keperluan berhijrah kepada Dinar Dirham Perak dalam pengurusan kewangan harian. Kepada yang berminat untuk membeli Emas dan Perak dalam pelbagai bentuk boleh hubungi 0149111870 'Gold proven to be the best financial policy throughout civilization until Jewish take over' Ikhwan Hafiz
This entry was posted in Kewangan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s