Hutang Negara Amerika Syarikat


Kali ini saya ingin berkongsi bersama anda mengenai hutang. Hutang sepertimana yang kita ketahui ianya cukup membebankan kepada pihak si penghutang dan menguntungkan pihak si pemiutang (dari segi riba disini dimana melibatkan institusi kewangan). Kita sedia maklum bahawa kebanyakkan institusi kewangan seperti bank menjalankan perniagaan berasaskan riba dimana kadar faedah atau ‘interest’ dikenakan untuk setiap pinjaman. Sebagai contoh, RM 20 000 dipinjam (penghutang) dari pihak bank (pemiutang) beserta dengan kadar faedah 12 % secara tahunan selama 5 tahun. Selepas 5 tahun, berapakah jumlah sebenar yang kita pinjam? Pernah anda tanya soalan sebegini rupa pada diri anda?

Ya, jumalahnya lebih dari apa yang kita pinjam. Seperti situasi di atas, selepas 5 tahun hutang tersebut telah dibayar bersamaan RM32 000. Perbezaan sebanyak RM 12 000 ini adalah kadar faedah yang perlu dibayar dalam masa pinjaman 5 tahun tersebut untuk 12 % kadar faedah tahunan. RM 12 000 banyak bukan? Untuk orang perseorangan yang baru memasuki alam pekerjaan dan memerlukan pelbagai perancangan istilah pinjaman bank tidak dapat dielakkan. Tapi ini cuma gambaran kasar terhadap apa yang mahu saya kisahkan disini.

Bagaimana kalau saya nyatakan disini pada saat ini ketika karangan ini ditulis, hutang Amerika Syarikat adalah berjumlah USD 15 trillion lebih. Anda boleh lihat disini .

Lihat pada lorekkan berwarna kuning pada sebelah atas dibahagian penjuru kiri gambar

Ya, saya bercakap mengenai trillion disini. Anda tahu apa itu trillion? Bagaimana untuk mengira trillion? Berapakah jumlah trillion dalam angka? Trillion bersamaan dengan ‘juta, juta’, dimana trillion mempunyai 2 kali juta di dalamnya. Seperti ini, 15 000 000 000 000.  Itulah dinamakan trillion. Sebelum saya mengusutkan lagi keadaan dan pemikiran anda, bagaimana jika saya meletakkan 5 % (anggaran saya sahaja untuk kadar faedah) sekurang-kurangnya untuk angka seperti diatas bagi kadar faedah dari bank? Berapakah jumlah keuntungan yang bakal saya perolehi jika saya mengusahakan institusi perbankan dengan 5 % kadar faedah tahunan tersebut untuk tempoh 50 tahun?

InsyaAllah saya tidak perlu lagi bekerja sepanjang hidup dan hanya bersandarkan hidup kepada riba seperti demikian. Untuk pengetahuan anda, hutang Amerika Syarikat adalah terlalu banyak dan jika dibahagikan dengan jumlah penduduknya sebanyak 313 juta (313 000 000, banyak bukan?) hutang tersebut perlu ditanggung oleh setiap penduduk Amerika Syarikat tidak kira sama ada anda bayi (yang baru lahir juga dikira sebagai rakyat bukan?) atau pun datuk/warga emas adalah sebanyak USD 49 000 setiap seorang. Untuk setiap pembayar cukai pula adalah sebanyak USD 136 000 setiap seorang (jumlah hutang dibahagikan dengan 113 000 000 pekerja yang membayar cukai). Mari kita lihat dari sudut rasional, perlukah seorang bayi yang tidak berdosa perlu menangung bebanan hutang ini semua sedangkan bayi tersebut baru mendiami bumi yang fana ini? Ini bermakna bayi tersebut perlu bekerja seperti orang dewasa. Tidak adil buka? Tetapi itulah realiti yang perlu rakyat Amerika Syarikat akui dan ketahui. Hutang Amerika Syarikat cukup banyak dan tidak termampu untuk setiap pembayar cukai dan rakyatnya untuk membayar hutang-hutang tersebut.

Jika saya sentuh mengenai konspirasi, karangan saya ini mungkin memerlukan 1 jilid buku untuk diterjemahkan kepada anda semua. Saya berikan maklumat ini kepada anda para pembaca secara percuma dan berfikirlah sendiri atas dasar apa sekalipun tentang inflasi yang berkait rapat dengan ‘wang Fiat’ dan hutang sesebuah negara. Kesimpulan saya disini mudah, berbalik kepada zaman Rasulullah S.A.W dimana emas (Dinar) dan perak (Dirham) dijadikan sebagai alat perdagangan. Sudah lebih 1400 tahun, 1 Dinar di zaman nabi bersamaan dengan seekor kambing manakala pada zaman moden ini 1 Dinar bersamaan juga dengan seekor kambing. Cuba anda lihat, Emas (Dinar) tidak dapat dimanipulasikan oleh Yahudi kerana ciri-ciri yang ada padanya. Kepada yang berminat untuk membeli emas bole hubungi saya disini 0136286802

Advertisements

About 3gtogold

Memberi kesedaran kepada Muslim keperluan berhijrah kepada Dinar Dirham Perak dalam pengurusan kewangan harian. Kepada yang berminat untuk membeli Emas dan Perak dalam pelbagai bentuk boleh hubungi 0149111870 'Gold proven to be the best financial policy throughout civilization until Jewish take over' Ikhwan Hafiz
This entry was posted in Kewangan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s