Pictured: Professor Poliakoff takes TV cameras inside the Bank of England’s gold bullion vault where £197BILLION of the precious metal is stored | Mail Online


http://www.dailymail.co.uk/news/article-2247196/Pictured-Professor-Poliakoff-takes-TV-cameras-inside-Bank-Englands-gold-bullion-vault-197BILLION-precious-metal-stored.html

Quote | Posted on by | Leave a comment

Hanya MYR 154 untuk 1 Dinar pada tahun 2000 !!!


Pada masa ini (2000) 1 Dinar hanya berharga MYR 154 sekeping

Cuba anda perhatikan dalam setiap kotak berwarna merah yang telah saya warnakan. Menurut pada kotak berwarna merah tersebut ianya menyatakan bahawa 13 Dinar bersamaan dengan MYR 2000 pada tahun 2000. Petanda ini menunjukkan bahawa pada tahun tersebut 1 Dinar hanyalah berharga MYR 154 untuk setiap keping. Jika bilangan yang sama diambil pada tahun 2012 ini, ianya adalah bersamaan dengan MYR 9 870 ! Kenaikan sebanyak 393 % sepanjang 12 tahun yang lepas. Dimana secara puratanya adalah sebanyak 32 % setiap tahun! Aset atau pelaburan apakah yang menawarkan kenaikan yang sebegitu banyak? Ini jelas menunjukkan bahawa Emas adalah penyimpan kekayaan yang sebenar dimana ianya tidak dimamah usia mahapun inflasi sekalipun! Sepanjang 11 tahun yang lepas inflasi adalah sebanyak 3 % setiap tahun untuk setiap helaian duit kertas yang ada di tangan kita mahupun bank-bank sekalipun.

 

Jika inflasi diambil kira sebanyak 3 % setiap setahun secara purata dengan jumlah simpanan sebanyak MYR 2000 di tahun 2000 dan tiada penambahan simpanan sehingga tahun 2011 disimpan pula di ASB dengan purata 9.24 % (dividen + bonus), jumlah simpanan anda menjadi sebanyak MYR 4 032.80 dan ditolak pula dengan inflasi ianya hanyalah MYR 3 372.80. Nilai hak simpanan anda sebenarnya telah dinafikan oleh inflasi sebanyak MYR 660. Jumlah ini walaupun sedikit sepanjang 11 tahun tetapi ianya tetap besar pada saya. Melainkan anda sekalian adalah jutawan yang tidak menghiraukan kerugian yang hanya sebanyak 33 % sepanjang 11 tahun lepas.

 

Situasi diatas jelas menunjukkan bahawan Emas adalah kalis inflasi tidak kira samada di zaman dahulu mahupun sekarang, bilangannya tetap adalah 1 Dinar dan hanya nilainya sahaja yang berubah dek kenaikan inflasi saban tahun. Jadi saya disini menyeru anda sekalian untuk kembali kepada matawang Syariah kita dimana ianya halal dari segala segi dan tidak menafikan hak anda sebagai rakyat dan pengguna.

 

Posted in DInar, Inflasi, Kewangan | Tagged , , , | Leave a comment

Kebenaran berkenaan 1 Dinar 1400 tahun dahulu


Dari riwayat Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

“(Pada suatu hari) Rasulullah S.A.W menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah S.A.W memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga akudapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.” Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telahaku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

Maka jelaslah penerangan diatas bahawa semasa Rasulullah S.A.W masih hidup hingga kini iaitu setelah lebih 1400 tahun dahulu, harga untuk seekor kambing masih sama sehingga sekarang iaitu 1 Dinar sahaja. Inilah kuasa sebenar membeli yang Allah berikan kepada Emas dan Dinar dimana nilainya tidak dapat dimanipulasikan dek kerana nilainya adalah berdasarkan kepada berat Emas/Dinar itu sendiri. Berbeza dengan matawang Fiat yang kita gunakan dengan meluas sekarang ini yang menindas kita tanpa kita sedari melalui inflasi yang disokong oleh ‘Franctional Reserve’ (dipraktikkan oleh bank-bank dengan persetujuan Bank Negara). Marilah kita bermula dengan membeli sedikit demi sedikit aset yang paling berharga di dunie ini. InsyaAllah

Posted in DInar, Emas, Hadis | Tagged , , , | Leave a comment

Bagaimana untuk membeli Emas & Perak? Ini caranya.


Jika anda berminat untuk membeli  Emas & Perak, anda bole lakukan pembelian tersebut dengan saya. Keistimewaaan pembelian Emas & Perak dengan saya adalah seperti berikut:

1) Anda dapat membeli mengikut kemampuan (ansuran bulanan). Contohnya; Harga 1 Dinar pada tarikh tersebut (Januari 2012) adalah MYR 700 & diakhir pembayaran anda harga 1 Dinar adalah MYR 800 (Disember 2012) anda hanya perlu membayar MYR 800 sahaja untuk sepanjang pembelian tersebut. Pembelian tersebut boleh dibuat secara ansuran dan anda akan dapat 1 Dinar tersebut apabila kesemua bayaran telah dibuat. Saya menerima ansuran serendah MYR 50 setiap bulan.

2) Pelbagai bentuk Emas & Perak samada Dinar (Emas), Dirham (Perak), Bar, barang kemas dan cincin InsyaAllah dapat saya adakan di sini.

3) Pelbagai jenis Emas & Perak terpakai atau rosak yang ingin dijual bole dijual kepada saya.

Contoh Emas & Perak:

– Dinar

1 Dinar

– Bar Emas

5 Gram Bar Emas

– Dirham

1 Dirham

Sebarang pembelian atau jualan Emas & Perak boleh hubungi saya di sini 0149111870 Ikhwan.

Posted in Emas, Perak | Tagged , | Leave a comment

Mainan Inflasi


Inflasi mempunyai satu kesan, dan itulah, dalam usia tua anda, anda tidak akan dapat mampu (membeli) apa yang anda pernah anda ambil ringan semasa zaman muda anda.

Dr. Peter Achutha

Aside | Posted on by | Leave a comment

Pisang Goreng PANAS! (kemaskini)


Kita sudah sedia maklum bahawa taraf sara hidup di Malaysia telah meningkat tinggi dan membebabankan keseluruhan penduduk dan rakyat Malaysia. Apakan daya, kita telah pun menjadi mangsa mereka. Yang miskin semakin miskin, yang kaya semakin kaya. Inilah bahayanya menggunakan wang kertas yang pada dasarnya ‘tiada’ nilai dan hanya disahkan disisi undang-undang sahaja. Kita lupakan seketika duka mengenai penindasan duit kertas terhadap kita dan saya disini dengan gembiranya untuk mengungkapkan cerita perihal ‘Pisang Goreng’. Kenapa pisang goreng? Tujuan saya adalah mudah iaitu untuk menyenangkan dan memudahkan pemahaman para pembaca tentang buruknya kenaikan harga barangan di pasaran yang dipengaruhi oleh inflasi. Jika dahulu pada tahun 20o0, dengan duit kertas 1 Ringgit Malaysia kita dapat membeli 10 ketul pisang goreng tetapi tidak lagi pada tahun 2012 ini. Hanya 4 ketul saja dapat kita beli dengan berbekalkan duit kertas 1 Ringgit Malaysia yang kita gunakan seperti tahun 2000. Kenapa ini boleh terjadi? Kejadian ini dapat dilaksanakan dengan ‘restu’ inflasi. Keadaan ini tentunya menyedihkan masyarakat kerana dengan kenaikan gaji yang sedikit secara lebih kurang 1% – 2% daripada gaji anda sekarang tentu ianya tidak dapat bersaing dengan kenaikan kadar inflasi yang jauh lebih ‘baik’ dimana secara purata 2.39% setiap tahun. Ini bermakna gaji anda perlu dinaikkan 2.39% setiap tahun agar anda tidak merasai lansung kesulitan/bahaya taraf sara hidup yang tinggi didorong oleh inflasi.

Disini saya ingin memberikan sedikit gambaran dan sertakan lakaran serba sedikit untuk pemahaman para pembaca sekalian. Gambaran memberikan 1001 makna bukan? Baiklah biar gambarajah memainkan peranannya

Seperti yang para pembaca dapat lihat di atas, kadar inflasi dari tahun 2000 hingga 2012 telah meningkat sebanyak 28.70 % dimana jumlah ini adalah sangat besar! Sebagai contoh, gaji seorang Jurutera secara bulanan adalah ‘A’ dengan adanya inflasi ini gaji Jurutera tersebut telah berkurang menjadi ‘0.713A’. Untuk pemahaman yang lebih mudah, A=MYR 5000, jadi gaji Jurutera terbabit selepas ditolak dengan kadar inflasi hanyalah sebanyak MYR 3 565 jika gajinya tidak dinaikkan sepanjang tempoh 2000 hingga 2012. Keadaan ini sudah tentu menyukarkan kehidupan Jurutera terbabit setelah sekian lama bermandikan peluh mengerah keringat akhirnya haknya dinafikan oleh inflasi.

Baiklah, para pembaca mesti berasa hairan kenapa saya meletakkan jumlah yang banyak untuk tahun 2012 jika kita melabur di dalam ASB, membeli rumah, Emas dan Perak bukan? Ini adalah kerana untuk pemahaman yang mudah agar semua lapisan para pembaca dapat memahami dengan lebih lanjut apa itu inflasi dan bagaimana ianya menyusahkan kehidupan seharian kita dan seterusnya meningkat taraf sara hidup. Gambaran tanpa sedikit perkiraan mungkin para pembaca kurang memahami bukan? Baiklah, saya lampirkan sedikit perkiraan bagaimana saya boleh dapat meletakkan angka yang ‘mengerikan’ seperti diatas. Angka tersebut seperti diatas bukan rekaan saya semata-mata tetapi adalah penentuan dari organisasi yang berkhidmat secara sah di Malaysia ini!

Gambar rajah diatas ini mungkin sedikit sukar untuk difahami. Saya akan jelaskan apakah maksud-maksud yang tersirat diatas. Hijau dan merah mewakili keuntungan dan kerugian masing-masing. ‘Inflasi’ adalah kadar susut nilai wang kertas Ringgit Malaysia yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia. ‘Simpanan Selepas Setahun’ adalah tarikh matang simpanan apabila telah masuk tempoh matang simpanan. ‘ Jumlah Simpanan Sebenar’ adalah apabila ‘Simpanan Selepas Setahun ditolak dengan kadar inflasi bagi tahun tersebut. ‘Jumlah Perbezaan Sebenar’ adalah hasil tolak diantara ‘Jumlah Simpanan Sebenar’ dengan ‘Simpanan Selepas Setahun’. ‘Jumlah Perbezaan Sebenar’ memberikan nilai negatif adalah kerana hasil simpanan kita selepas tempoh matang dalam masa setahun seperti yang tertulis didalam penyata simpanan telah ‘dimamah’ oleh kadar inflasi untuk tahun tersebut. Sepanjang tempoh ini ASB memberikan pelaburan yang agak baik iaitu 110.85% dividen bersama bonus tetapi setelah ditolak dengan inflasi ianya menjadi 82.15%. Jumlah keuntungan sepanjang pelaburan ini adalah MYR 131 319.44. Satu jumlah yang agak besar! Secara purata adalah 9.24% untuk dividen dan bonus tetapi jika ditolak dengan kadar inflasi ianya hanyalah 6.85%. Keuntungan sebenar pelabur di ASB hanyalah sebanyak 6.85% sahaja!

Banyak bukan duit si pelabur yang telah ‘hilang’ ‘dimamah’ inflasi?  Mari kita tengok untuk bahagian yang sama jika kita menggunakan duit MYR 100 000 tersebut untuk membeli rumah, emas dan juga perak.

Rumah merupan aset paling ‘selamat’ untuk dibeli oleh para pembaca kerana kepercayaan kepada harganya yang akan senantiasa naik tanpa meragukan tentang kejatuhan harga nya. Tanggapan itu mungkin sedikit tersasar kerana sepanjang 10 tahun ini harga rumah jatuh sebanyak dua kali. Jadi berhati-hati dengan pelaburan kalian. Kadar ini boleh didapati disini dan juga ini. Peratusan sepanjang 10 tahun ini adalah 47.10% sahaja jika dibandingkan dengan pelaburan di dalam ASB yang jauh lebih baik. Itupun belum ditolak dengan kadar inflasi sepanjang 10 tahun berkenaan dimana hanya 18.40% keuntungan bersamaan dengan MYR 25 259.19 keuntungan sahaja. Ini jelas menunjukan pembelian rumah untuk pelaburan jangka masa panjang agak kurang memberansangkan. Mari kita lihat pula kepada prestasi emas dan perak seperti dibawah ini.

Prestasi emas jauh mendahului jenis pelaburan yang telah saya ungkapkan sebentar tadi. Walaupun emas di awal tahun 2000 mencatat kemelesetan sebanyak 6.06% tetapi perjalanannya untuk tempoh 9 tahun kemudiannya adalah sangat baik. Ini dibuktikan dengan jumlah keuntungan sebanyak 186.14%. Tunggu dulu, emas dan perak adalah kalis inflasi. Disebabkan oleh faktor ini hak anda tidak dinafikan olehnya. Jika dibandingkan secara purata untuk prestasi emas dan ASB, emas mendahului dua kali ganda keuntungan yang diperolehi ole ASB. Tapi tunggu dulu, jangan buang air ditempayan dahulu sebelum mendalami dan mengetahui prestasi perak pula. Mari kita tinjau prestasi perak. Ayuh!

Akhirnya kita sampai ke penghujung perjalanan untuk entri pada kali ini. Perak buat masa sekarang dianak tirikan. Buat pengetahuan para pembaca sekalian, harganya masih dibawah pasaran dimana harganya tidak sepatutnya begitu dek kerana permintaannya melebihi pengeluarannya dan juga digunakan secara pukal dan perlambakannya didalam alatan elektronik seperti telefon bimbit, tablet, pemain MP3 dan sebagainya. Secara purata keuntungan perak jauh mendahului emas iaitu sebanyak 20.03%. Permintaan untuk perak banyak bergantung kepada populasi rakyat China. Isu ini akan saya bincangkan kemudian. Mudah-mudaha para pembaca dapat memahami apa yang cuba saya sampaikan disin. Moga hidup kita lebih aman dengan meninggalkan hasil ciptaan Yahudi laknatullah iaitu duit kertas yang haram dan tidak berguna langsung. Sekian

Posted in Kewangan | Leave a comment

Kenyataan Emas & Perak


Abū Bakr ibn Abi Maryam melaporkan bahawa dia telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Masa pasti akan datang kepada seluruh umat manusia dimana tidak akan ada apa-apa (tinggal) yang boleh digunakan (atau berfaedah) simpan Dinar (iaitu, syiling emas) dan Dirham (iaitu, duit syiling perak).

Musnad Ahmad

Perutusan ini jelas menjangkakan keruntuhan  sistem kewangan yang palsu/tipu sekarang yang berfungsi di seluruh dunia.

Posted in Hadis | Leave a comment

Memerlukan undian dari para pembaca


Disini saya ingin meminta jasa baik anda untuk mengundi jenis post yang bakal ditulis di blog ini. Anda adalah penggerak blog ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa serta menyokong.

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Hutang Negara Amerika Syarikat


Kali ini saya ingin berkongsi bersama anda mengenai hutang. Hutang sepertimana yang kita ketahui ianya cukup membebankan kepada pihak si penghutang dan menguntungkan pihak si pemiutang (dari segi riba disini dimana melibatkan institusi kewangan). Kita sedia maklum bahawa kebanyakkan institusi kewangan seperti bank menjalankan perniagaan berasaskan riba dimana kadar faedah atau ‘interest’ dikenakan untuk setiap pinjaman. Sebagai contoh, RM 20 000 dipinjam (penghutang) dari pihak bank (pemiutang) beserta dengan kadar faedah 12 % secara tahunan selama 5 tahun. Selepas 5 tahun, berapakah jumlah sebenar yang kita pinjam? Pernah anda tanya soalan sebegini rupa pada diri anda?

Ya, jumalahnya lebih dari apa yang kita pinjam. Seperti situasi di atas, selepas 5 tahun hutang tersebut telah dibayar bersamaan RM32 000. Perbezaan sebanyak RM 12 000 ini adalah kadar faedah yang perlu dibayar dalam masa pinjaman 5 tahun tersebut untuk 12 % kadar faedah tahunan. RM 12 000 banyak bukan? Untuk orang perseorangan yang baru memasuki alam pekerjaan dan memerlukan pelbagai perancangan istilah pinjaman bank tidak dapat dielakkan. Tapi ini cuma gambaran kasar terhadap apa yang mahu saya kisahkan disini.

Bagaimana kalau saya nyatakan disini pada saat ini ketika karangan ini ditulis, hutang Amerika Syarikat adalah berjumlah USD 15 trillion lebih. Anda boleh lihat disini .

Lihat pada lorekkan berwarna kuning pada sebelah atas dibahagian penjuru kiri gambar

Ya, saya bercakap mengenai trillion disini. Anda tahu apa itu trillion? Bagaimana untuk mengira trillion? Berapakah jumlah trillion dalam angka? Trillion bersamaan dengan ‘juta, juta’, dimana trillion mempunyai 2 kali juta di dalamnya. Seperti ini, 15 000 000 000 000.  Itulah dinamakan trillion. Sebelum saya mengusutkan lagi keadaan dan pemikiran anda, bagaimana jika saya meletakkan 5 % (anggaran saya sahaja untuk kadar faedah) sekurang-kurangnya untuk angka seperti diatas bagi kadar faedah dari bank? Berapakah jumlah keuntungan yang bakal saya perolehi jika saya mengusahakan institusi perbankan dengan 5 % kadar faedah tahunan tersebut untuk tempoh 50 tahun?

InsyaAllah saya tidak perlu lagi bekerja sepanjang hidup dan hanya bersandarkan hidup kepada riba seperti demikian. Untuk pengetahuan anda, hutang Amerika Syarikat adalah terlalu banyak dan jika dibahagikan dengan jumlah penduduknya sebanyak 313 juta (313 000 000, banyak bukan?) hutang tersebut perlu ditanggung oleh setiap penduduk Amerika Syarikat tidak kira sama ada anda bayi (yang baru lahir juga dikira sebagai rakyat bukan?) atau pun datuk/warga emas adalah sebanyak USD 49 000 setiap seorang. Untuk setiap pembayar cukai pula adalah sebanyak USD 136 000 setiap seorang (jumlah hutang dibahagikan dengan 113 000 000 pekerja yang membayar cukai). Mari kita lihat dari sudut rasional, perlukah seorang bayi yang tidak berdosa perlu menangung bebanan hutang ini semua sedangkan bayi tersebut baru mendiami bumi yang fana ini? Ini bermakna bayi tersebut perlu bekerja seperti orang dewasa. Tidak adil buka? Tetapi itulah realiti yang perlu rakyat Amerika Syarikat akui dan ketahui. Hutang Amerika Syarikat cukup banyak dan tidak termampu untuk setiap pembayar cukai dan rakyatnya untuk membayar hutang-hutang tersebut.

Jika saya sentuh mengenai konspirasi, karangan saya ini mungkin memerlukan 1 jilid buku untuk diterjemahkan kepada anda semua. Saya berikan maklumat ini kepada anda para pembaca secara percuma dan berfikirlah sendiri atas dasar apa sekalipun tentang inflasi yang berkait rapat dengan ‘wang Fiat’ dan hutang sesebuah negara. Kesimpulan saya disini mudah, berbalik kepada zaman Rasulullah S.A.W dimana emas (Dinar) dan perak (Dirham) dijadikan sebagai alat perdagangan. Sudah lebih 1400 tahun, 1 Dinar di zaman nabi bersamaan dengan seekor kambing manakala pada zaman moden ini 1 Dinar bersamaan juga dengan seekor kambing. Cuba anda lihat, Emas (Dinar) tidak dapat dimanipulasikan oleh Yahudi kerana ciri-ciri yang ada padanya. Kepada yang berminat untuk membeli emas bole hubungi saya disini 0136286802

Posted in Kewangan | Leave a comment

Emas 2011


Seperti anda sedia maklum, kita telah pun melangkah ke tahun baru iaitu 2012. Apa yang saya ingin kongsikan disini adalah mengenai peratus kenaikan harga emas pada tahun 2011 dari bulan Januari sehingga Disember. Jika anda lihat pada graf diatas, harga emas pada bulan Januari (secara purata) adalah USD 1356.40 per ounce manakala pada bulan Disember (secara purata) adalah USD 1652.31 per ounce. Harga ini jika ditukar kepada Ringgit Malaysia per gram adalah seperti berikut MYR 150.47 per gram untuk bulan Januari dan MYR 183.30 per gram untuk bulan Disember. Jumlah kenaikan harga emas ini adalah sebanyak MYR 32.83 per gram bersamaan dengan 21.81%. Peratus kenaikan ini adalah kebiasaan untuk setiap gram emas jika anda perhatikan dari tahun ke tahun.

Emas ternyata adalah pemelihara aset berdasarkan kepada graf diatas untuk matawang jika kita menyimpan kekayaan didalam bentuk emas. Tetapi masih ada segelintir dikalangan kita tidak percaya pada ‘aura’ emas ini. Emas juga ada dibicarakan didalam Al-Quran iaitu surah Al-Imran ayat 75

وَمِنْأَهْلِالْكِتَابِمَنْ إِنتَأْمَنْهُبِقِنطَارٍيُؤَدِّهِإِلَيْكَوَمِنْهُممَّنْ إِنتَأْمَنْهُبِدِينَارٍلاَّيُؤَدِّهِإِلَيْكَإِلاَّ مَادُمْتَ عَلَيْهِقَآئِمًاذَلِكَبِأَنَّهُمْقَالُواْلَيْسَعَلَيْنَافِيالأُمِّيِّينَسَبِيلٌوَيَقُولُونَعَلَىاللّهِ الْكَذِبَوَهُمْيَعْلَمُونَ

yang bermaksud:

Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: “Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan, mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta)

Maka jelaslah petunjuk Allah itu bahawa emas adalah matawang sebenar didalam urusniaga seharian jika kita berani menggunakannya dan menentang sistem kewangan Yahudi ini. Allah mengangkat emas sebagai matawang kerana mempunyai ‘intrinsic value’ iaitu nilai emas terletak pada beratnya sendiri dan tidak seperti ‘Fiat money’ yang nilainya tertulis pada setiap helaian wang kertas dimana kualiti untuk setiap nilai (RM1, RM2, RM10, RM50 dan sebagainya) adalah sama cuma nilai yang tertulis di setiap wang kertas hanya berbeza.

Jika anda berminat untuk memelihara aset dan kekayaan didalam bentuk emas saya sedia membantu. Anda boleh menghubungi saya disini 0136286802

Posted in Fact | Leave a comment